Isu utama dalam merancang kurikulum di sekolah menengah adalah sejauh mana kurikulum dapat disampaikan dan pembelajaran murid dikendalikan oleh seorang guru di sebuah bilik darjah. Disebabkan pendekatan sekolah adalah berstrukturkan pasukan, maka unsur paling penting yang perlu diserahkan sebagai tanggungjawab individu adalah kawalan kelas ke atas masanya (Burnham,2004). Disebabkan pendekatan sekolah adalah berstrukturkan pasukan, maka unsur paling penting yang perlu diserahkan sebagai tanggungjawab individu adalah kawalan kelas ke atas masanya. Oleh yang demikian, jadual waktu yang terkawal perlu disusun bagi mengelakkan sebarang masalah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara menggunakan jadual waktu anjal berdasarkan Surat Pekeliling Bil. 01/1995 (Abdullah Sani,2003).
Pelaksanaan jadual waktu yang terkawal dapat membantu keberkesanan P&P. Antaranya;
1. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan berupaya mencapai matlamatnya kerana peruntukan masa yang mencukupi untuk satu-satu mata pelajaran dalam setiap hari.
2. Mengurangkan pembaziran waktu ketika guru bergerak dari satu kelas ke satu kelas yang lain. Faktor taburan dan reka bentuk bangunan yang mengambil kira jarak jauhnya, juga bangunan yang bertingkat-tingkat malah daripada bilik guru sendiri dapat berlaku pembaziran masa.
3. Peruntukan 2 hingga 3 waktu bagi satu mata pelajaran dapat memberikan ruang masa yang cukup bagi menghuraikan satu-satu topik yang hendak diajar dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
4. Dapat mengurangkan kekerapan pelajar yang suka keluar dari kelas sewaktu pertukaran guru.
Namun begitu pelaksanaan dan keberkesanan yang akan terhasil bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin sekolah semasa menyusunnya.
Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah(Bolman & Deal, 1991)
Contoh budaya sekolah yang dibentuk oleh sesebuah sekolah untuk memperkasakan kurikulum sekolah;
• Memanjangkan waktu persekolahan: Sebuah sekolah di Boston iaitu Clarence Edwards Middle School
• Membina budaya membaca di Parkdale Midle School
• SMKA(P) Kangar: Program 10 Minit Bersama Buku
Namun begitu, perancangan yang berkualiti sahaja tidak cukup jika pelaksanaannya tidak menampakkan satu budaya yang jelas dan difahami oleh semua ahli komuniti. Sebagai contoh di Sekolah Clarence Edwards Middle School, sekolah ini telah melaksanakan segala perancangan yang telah dibincang bersama dan perubahan yang dilakukan melibatkan kesemua ahli komuniti sekolah. Terdapat sepuluh kunci yang telah ditekankan oleh mereka dalam mengorak perubahan dan sebahagian daripadanya adalah;
1. Sekolah mesti peruntukkan lebihan masa yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 300 jam setahun, kira-kira 1 jam 45 minit.2. Mesti bersatu padu dan sepakat untuk menggubal semula jadual waktu.3. Sekolah mesti mengutamakan dan fokus kepada pembelajaran lebih masa seperti yang dijanjikan bersama untuk memberi manfaat kepada pelajar.4. Sekolah perlu mengubah jadual untuk semua pelajar supaya tiada pelajar merasakan bahawa dirinya berada dalam ‘tahanan’.5. Pelajar di dalam kelas perlulah mempunyai tahap akademik yang setara, guru pula perlu mahir dalam bidang yang diajar serta kumpulan tutor dalam saiz yang kecil atau perseorangan.6. Sekolah perlu melibatkan guru yang efektif7. Sekolah mestilah mengubah kepercayaan dan tingkah laku guru dan pelajar.
Dalam masa tiga tahun, sekolah ini akhirnya dapat mengubah prestasi sekolah jauh lebih baik dari sebelumnya dan sekolah ini telah menjadi ikutan sekolah lain untuk melanjutkan waktu pembelajaran. Jelasnya, sesebuah sekolah dapat melonjak jauh sekiranya setiap ahlinya bersedia melakukan perubahan untuk membina budaya sekolah baru selari dengan matlamat mereka yang jelas.
No comments:
Post a Comment